Thursday 13 October 2011

Sahabat dan Kawan

mesti korang semua dah biasa kan  dengan cerita sahabat dan kawan nih... tapi aku tetap nak tulis lagi pasal nih.. (suka hati aku la kan) :D
ada orang cakap sahabat dan kawan tuh sama... tapi korang selalu dengar ustazah/ustaz ada sebut... sahabat2 Rasullah... tak pernah lagi la aku dengar orang sebut kawan2 Rasullah..
bagi pendapat aku la kan.. Sahabat tuh akan selalu bersama kita susah dan senang...dan sahabat lebih mengenali diri kita dan boleh menyimpan semua rahsia2 kita..


*Dalam hidup aku.. Aku nih memang tak ramai kawan... apa ntah lagi sahabat... kawan2 aku tak seramai korang.. maklum larh budak tak howt.. selekeh plak tuh.. ganas lagi.. huh~
ramai yang cakap aku sombong.. sebab tuh la dorang tak nak kawan dengan aku.. ~actually aku tak sombong.. cuma pemalu sikit~  :p
Kalau kt tempat sendiri.. aku lebih suka lepak dengan kawan2 sekolah aku.. tapi tak semua larh.. mungkin sebab dorang dah kenal aku.. dah faham dengan perangai gila aku.. mereka itulah sahabat susah dan senang aku.. tempat aku bergelak ketawa.. bahu mereka tempat aku menangis.. dan baju mereka tempat aku menghembuskan hingusan aku selepas lega menagis... baik kan mereka.. terima kasih banyak2 sahabat sebab sentiasa ada bersama aku.. Rindu dengan korang !





Tapi sekarang bila dak masuk tempat orang lain.. aku lagi la bertambah-tambah pemalu.. Nasib agak baik bila aku jumpa sahabat yang boleh layan kepala aku nih.. sentiasa support aku.. tolong aku masa aku susah dan senang.. dan jaga aku dengan baik.. walaupun kadang2 aku kurang layan korang..bukan bermaksud aku dah tak suka... aku cuma ada korang jer kat sini.. stay with me buddies... :)
aku nih memang jenis yang tak suka melayan.. mungkin korang tengok aku agak melayan bila dalam laman sesawang sosial.. tapi try face to face.. memang susah juga la aku nak bercakap kalau aku tak rapat..
tapi sahabat2 aku yang da kenal aku nih.. korang dah faham kan dengan perangai aku yang lebih suka lepak dalam bilik dan buat hal sendiri.. so jangan terasa kalau aku tak bape nak melayan korang.. sebab aku tak pandai nak bergaul bila dah tak ada topik.. maaf yer... ^_^
Kepada sahabat2 aku nih... terima kasih kerana buat aku tak sunyi kat sini.. dan buat aku rasa selesa bila hidup di sini..




~ maaf kalau ada yang terasa bila tengok gamba dia tiada di sini.. bukan lupa.. cuma ini saja yang mampu aku letak~


#kepada sahabat aku.. walaupon kadang2 kita tak sefahaman.. berselisih faham.. renggang.. terpisah.. saling mengata sesama sendiri.. terasa hati.. atau apa2 yang sama erti dengan yer.. aku mintak maaf la yer.. tapi.. dalam hidup aku.. korang antara yang terpenting.. semoga persahabatan kita kekal selama nya..maklum larh aku kan susah nk dapat kawan# :D
sekian..
wassalam. . . . <3

No comments:

Post a Comment